Thai League 1: Police Tero Dan Tan Cheng Hoe Elak Aib, Ikat Lamphun Warrior
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Hasrat Police Tero dan jurulatih baharu mereka, Tan Cheng Hoe untuk meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Thai tidak kesampaian apabila diikat Lamphun Warrior sebentar tadi.

Turun sebagai pasukan pelawat, Police Tero memperlihatkan corak permainan bertahan selepas Lamphun seperti lebih selesa mengawal penguasaan bola.

Serangan bertali arus oleh Lamphun membuatkan barisan pertahanan Police Tero tidak senang duduk. Penjaga gol Police Tero, Yotsapon Teangdar menjadi wira buat pasukannya apabila ketangkasan beliau membuatkan Lamphun buntu dan menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Advertisements

Malang buat Tan Cheng Hoe apabila dilayangkan kad kuning pada minit ke-39 selepas membantah keputusan pengadil.

Bersambung babak kedua, Lamphun meneruskan serangan ke pintu gol Police Tero dengan beberapa gerak serangan menarik.

Usaha keras yang ditunjukkan Lamphun akhirnya membuahkan hasil apabila pemain import, Negueba meledak pada minit ke-51 melalui penyudah dari sudut kana untuk mengubah kedudukan menjadi 1-0 memihak Lamphun.

Advertisements

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Denis Darbellay menyamakan kedudukan pada minit ke-59 yang menyambar hantaran lolos dari rakan sepasukan. Kedudukan terikat 1-1.

Police Tero menerima tamparan hebat apabila terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Rachata Moraksa diperintah keluar padang kerana mengasari lawan.

Kelebihan beraksi dengan lebih seorang pemain walau bagaimanapun tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan pemain Lamphun. Beberapa serangan yang dilancarkan tidak berjaya diterjemahkan dengan jaringan.

Advertisements

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus membolehkan Police Tero mencuri satu mata berharga.

Police Tero kekal di tangga terbawah liga dengan mengumpul 21 mata manakala Lamphun kekal di tangga ketujuh liga dengan mengumpul 30 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram