Thai League 1: Tan Cheng Hoe & Police Tero Layu ‘Dihentam’ Muangthong United
Asia Tenggara
Muangthong United
Advertisements

Perlawanan menyaksikan di antara Muangthong United bertemu Police Tero dalam saingan Thai League 1 berkesudahan 3-1 sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat masing-masing demi merebut kemenangan dengan Muangthong United mempertaruhkan penyerang berpengalaman daripada Korea Selatan, Jae-Sung.

Police Tero memulakan aksi dengan penguasaan bola yang sangat baik dan memaksa Muangthong United lebih berhati-hati untuk mengawal permainan.

Advertisements

Muangthong tidak mengambil masa yang lama mengawal permainan apabila penyerang mereka, Stefan Scepovic meledak gol yang pertama pada minit ke lapan perlawanan menerusi sepakan deras ke arah pintu gol sekaligus menewaskan penjaga gol Police Tero, Yotsapon Teangdar.

Muangthong meneruskan momentum apabila selang beberapa minit, pemainya menjaringkan gol yang kedua pada minit ke-14 perlawanan.

Tersentak dengan kedua gol Muangthong, Police Tero terus bangkit meledak gol pertama buat pasukannya menerusi penyerang, Juvhel Tsoumu pada minit ke-35 perlawanan.

Advertisements

Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan Muangthong United mendahului 2-1 Police Tero.

Bersambung babak kedua, sekali lagi Muangthong beraksi dengan garang dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-61 perlawanan menerusi sepakan daripada pemain kelahiran Brazil, Willian Popp terus ke gawang gol.

Beberapa serangan daripada Police Tero kepada Muangthong untuk mengikat kedudukan namun tidak ada sebarang gol yang dihasilkan.

Advertisements

Masa tambahan tidak dapat mengubah keputusan, kedudukan kekal sehingga wisel penamat 3-1.

Selepas ini Muangthong akan menerima kunjungan Uthai Thani pada 3 April ini. Manakala Police Tero pula bertemu Khon Kaen United pada hari yang sama di Stadium Khon Kane Provincial, Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram