Ads
Asia Tenggara
BG Pathum

Pasukan Thai 1 League, BG Pathum United berjaya mengatasi cabaran Lamphun Warriors menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC (ACL) tidak lama lagi.

Advertisements

Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki tidak membariskan kesebelasan terbaik termasuklah bintang sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin sungguhpun bebas daripada kecederaan.

Advertisements

Pada babak pertama, usaha BG Pathum mencari gol pendahuluan bermula dengan baik apabila percubaan Igor Sargeev berjaya dihalang penjaga gol lawan.

Advertisements

Advertisements

Pasukan pelawat sesekali melancarkan percubaan namun ketangkasan Chatchai Budprom menafikan setiap peluang yang terhidang.

Keputusan babak pertama tamat tanpa jaringan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, aksi tuan rumah semakin rancak apabila kapten pasukan kebangsaan Thailand, Chanatip Songkrasin masuk untuk menambah sengat buat pasukan.

Lamphun Warriors lebih banyak menguasai permainan pada babak kedua berjaya melakukan beberapa percubaan namun tidak tepat ke sasaran.

Kemasukan Chanatip jelas mengubah rentak pasukan apabila mencatat bantuan gol kepada jaringan Igor Sargeev pada minit ke-70 menerusi hantaran lintang yang mudah ditolak masuk untuk gol pertama pasukan.

Sargeev sekali lagi menjaringkan gol kedua perlawanan hasil gerakan cantik Chanatip selang dua minit. untuk mengesahkan tiga mata pasukan.

BG Pathum menambah gol saguhati pada babak kecederan untuk melengkapkan kemenangan besar 3-0.

Tambahan masa enam minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal dengan jaringan berpihak kepada

Advertisements

Aksi berikutnya bakal menyaksikan BG Pathum akan melayan kunjungan juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram