Thailand Bawa Skuad Tempang Ke Qatar
MakanBola
Changsuek
Sponsors

Thailand mendapat tamparan hebat menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar yang bakal berlangsung pada 12 Januari ini.

SNE Sports melaporkan penyerang berbisa skuad Gajah Perang, Teerasil Dangda terpaksa menarik diri daripada pasukan yang dibimbing Masatada Ishii itu.

Ad

Teerasil dilaporkan mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) semasa perlawanan Thai FA Cup membabitkan BG Pathum United dan Chonburi pada Rabu lepas.

Ad

Ini memaksa beliau dikeluarkan pada minit ke-52. Perlawanan tersebut berkesudahan seri 2-2 sebelum Chonburi menyingkirkan BG Pathum menerusi sepakan penalti.

Ad

Walaupun kecederaan tersebut tidak memerlukan pembedahan, Teerasil dijangka berehat sekurang-kurangnya enam minggu selagi terlepas peluang mewakili Thailand ke Piala Asia.

Ad

Hal ini bakal memeningkan Ishii memandangkan Teerasil juga disenaraikan dalam senarai pasukan yang bakal turun menentang Jepun pada 1 Januari ini.

Bekas jurulatih Buriram United itu memiliki banyak pilihan sekiranya mahu memilih pengganti Teerasil seperti Supachai Chaided (Buriram) dan Poramet Arjvirai (Muangthong United).

Perlawanan Jepun-Thailand dijangka menjadi tumpuan dengan tiket perlawanan dilaporkan habis dijual.