Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa malam ini menyaksikan Thailand menewaskan Afghanistan di laman sendiri dengan penuh bergaya.
Perlawanan hari ini merupakan perlawanan pemanas badan bagi kedua-dua pasukan sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2027.
Seawal enam minit aksi, tuan rumah, Thailand membuka jaringan pertama menerusi penyerang BG Pathum United, Patrick Gustavsson yang bijak mengelirukan pertahanan lawan apabila tenang lakukan rembatan deras ke Sarah gawang gol.
Separuh masa pertama tamat dengan satu jaringan berpihak kepada Thailand. Skuad kendalian Masatada Ishii menguasai permainan dengan 56 peratus sementara Afghanistan hanya 44 peratus kawalan.
Pada minit ke-52, Patrik Gustavsson sekali lagi mencatat jaringan kedua pasukan sekaligus menjarakkan lagi jurang gol di laman sendiri ke atas Afghanistan.
Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan, Thailand berjaya membenam Afghanistan dengan keputusan 2-0.
Ia merupakan satu aksi yang positif buat Masatada Ishii sebelum bermula aksi kempen kelayakan Piala Asia 2027 kumpulan D sementara Afganistan berada di kumpulan E.
Selepas ini, Thailand akan bertemu Sri Lanka dan Afganistan berdepan Myanmar pada selasa hadapan, jam 8 malam waktu Malaysia.