Ads
Thailand Cemas Sebelum Tewaskan Singapura
Asia
Fasingapore

Perlawanan akhir peringkat kumpulan C saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menyaksikan Thailand membenam Singapura di laman sendiri.  

Advertisements

Skuad kendalian Matada Ishii ini membuat dua pertukaran berbanding perlawanan sebelum ini dengan membawa Chanatip Songkrasin dan Elias Dollah dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Singapura pula dibarisi oleh penyerang berbisa, Ikhsan Fandi dan beberapa pemain berpengalaman seperti Faris Ramli dan Safuwan Baharuddin kekal ketuai jentera pertahanan.

Advertisements
Advertisements

Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah psukan cuba untuk menguasai permainan. 

Pada minit ke-37 permainan, penyerang muda Thailand, Suphanat Muenta menjaringkan gol pembukaan pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada Chanatip Songkrasin. 

Advertisements

Thailand dilihat lebih menguasai permainan separuh masa pertama selepas berjaya membuat 12 percubaan dan 5 antara sepakan tepat. 

Separuh masa pertama, Thailand 1-0 Singapura.

Penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi menyamakan kedudukan pasukan dengan rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Thailand pada minit ke-permainan.

Pada minit ke-79 permainan, Thailand kembali didepan apabila pemain gantian, P.Arjvirai menjaringankan gol kedua pasukan.

Selang enam minit permainan, juga pemain sayap gantian, Jaroensak Wonggorn menggandakan jaringan ketiga Thailand.

Tujuh minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Thailand 3-1 Singapura. 

Advertisements

Thailand gagal layak ke pusingan seterusnya selepas duduk di tangga ke-3 kumpulan C hanya berbeza jaringan daripada China.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram