Thailand Hampir Malukan China
MakanBola
Changsuek
Sponsors

Aksi kelayakan Piala Dunia pusingan kedua menyaksikan pertembungan diantara China dan Thailand yang berkesudahan seri di Stadium Shenyang Sport Centre. 

Skuad kendalian Masatada Ishii turun dengan formasi 4-4-3 dan China dengan formasi 4-3-1-2.

Ad
Sponsors

Thailand terlebih dahulu membuka jaringan pertama pada minit ke-20 permainan menerusi Supachok Sarachart yang menanduk deras ke arah gawang gol selepas menerima hantaran daripada Supacok Chaided. 

Ad

Separuh masa pertama kekal dengan jaringan tunggal daripada Thailand. Skuad sang gajah dilihat lebih menguasai permainan dengan 51 peratus sementara China 49 peratus. 

Separuh masa kedua bermula dengan baik buat China apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-51 permainan selepas bola terkena tangan pertahanan Thailand, Kritsada Kaman. 

Ad

Namun, gagal disudahkan oleh penyerang China, Fernandiho apabila bola melewati tiang gol. China gagal menyamakan kedudukan.

Ad

Pada minit ke-79, akhirnya China menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Baihelamu Abuduwaili selepas pergelutan di dalam kotak penalti Thailand.

Sembilan minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, China 1-1 Thailand. 

Selepas ini, Thailand akan bertemu Singapura bagi mengesahkan tempat ke peringkat seterusnya sementara China berdepan tugas sukar apabila akan bertemu Korea Selatan pada 11 Jun ini.