Seramai 3 pemain hebat dari pasukan kebangsaan Thailand bakal mewakili skuad ASEAN All-Stars bertemu Manchester United nanti.
Pasukan ASEAN All-Stars bakal menghimpun barisan bintang dari rantau Asia Tenggara untuk turun dalam perlawanan pra musim menentang Manchester United pada penghujung Mei.
Beberapa nama pemain sudah pun diketahui bakal mewakili pasukan bimbingan Kim Sang-sik ini dengan Nguyen Quang Hai dan Asnawi Mangkualam antara yang menjadi tumpuan nanti.
Skuad Harimau Malaya pula dikhabarkan bakal menghantar seramai 3 orang pemain Haziq Nadzli, Dominic Tan Jun Jin dan Sergio Aguero tatkala menanti pengumuman rasmi nanti.
Sementara, pasukan nombor satu Asia Tenggara, Thailand pula akan diwakili oleh 3 pemain iaitu penjaga gol, Patiwat Khammai, Nikolas Mickelson dan juga Piradon Chamrasmi.
Kehadiran 3 bintang Thailand yang masing-masing mewakili Bangkok United, OB Odense (Denmark) dan Port FC ini akan menjadikan jumlah keseluruhan skuad ini seramai 17 orang.
Kini, hanya tinggal pemain dari Singapura serta Filipina yang akan diumumkan untuk melengkapkan senarai penuh skuad ASEAN All-Stars untuk menentang Manchester United nanti.
Perlawanan ASEAN All-Stars vs Manchester United ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini dengan tiket sudah pun mula dijual secara atas talian.