Skuad kebangsaan Thailand turun menentang pasukan Lubnan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 hari ini.
Di babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Skuad kendalian Masatada Ishii dilihat lebih mendominasi permainan selepas mencatat empat percubaan tepat bagaimanapun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol.
Di separuh masa kedua, Thailand bermula dengan lebih garang apabila melancarkan serangan dari bahagian sayap ke kubu pasukan pelawat. Lubnan juga tidak mensia-siakan peluang untuk membina peluang menerusi serangan balas.
Hingga minit akhir permainan, barisan pertahanan kendalian Miodrag Radulovic mengekalkan disiplin untuk tidak dibolosi. Biarpun banyak serangan berbahaya dari Thailand, Lubnan berjaya bertahan hingga berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Thammasat, Pathum Thani hari ini tamat dengan keputusan seri 0-0.