Thailand Mahu Jadikan Singapura Mangsa Pertama
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Biarpun menguasai perlawanan dan mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol, namun ianya gagal disudahkan sekali gus memaksa Thailand menelan kekalahan pertama di dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 di tangan China.

Jika dilihat kepada statistik Thailand menguasai 63 peratus penguasaan bola berbanding 37 peratus untuk pasukan China. Selain itu, sebanyak 17 percubaan dihasilkan pemain Thailand berbanding 7 percubaan dari pemain China.

Jurulatih Thailnd, Mano Polking nyata kecewa dengan kekalahan tersebut. Dibolosi dua gol melalui serangan balas pihak lawan sememangnya tidak boleh dibenarkan terjadi.

Advertisements

“Ianya keputusan yang mengecewakan. Kami melakukannya dengan baik dan mempunyai beberapa peluang tetapi tidak dapat mengubahnya menjadi gol. Kami melepaskan dua gol pada serangan balas. Ini tidak sepatutnya berlaku,” jelas Polking kepada Bangkok Post.

Dalam pada itu, Polking melaungkan kebangkitan buat anak buahnya menjelang aksi seterusnya menjelang Singapura.

Advertisements

Jurulatih dari Jerman itu berharap kemenagan ke atas Singapura dapat mengembalikan mereka ke landasan yang betul untuk ke peringkat seterusnya.

“Kami masih mempunyai harapan. Kami akan terus berjuang. Jika kami berjaya tewaskan Singapura, kami akan kembali ke landasan (mara ke peringkat seterusnya),” tegas Polking lagi.

Advertisements

Pada aksi menentang China tempoh hari, Thailand terlebih dahulu di hadapan melalui penyudah pemain tengah, Sarach Yooyen pada minit ke-23. Kedudukan 1-0 itu hanya kekal 6 minit sebelum Wu Lei meledak untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan terikat 1-1.

Wang Shangyuan akhirnya menjadi pemusnah Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-74 sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama buat pasukan Gajah Perang itu.

Advertisements

Thailand bakal bertandang ke Singapura untuk aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 21 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram