Thailand Pamer Kebangkitan Sekat Hajat Korea Selatan
Asia
KFA
Advertisements

Thailand berjaya mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan bagi meraih 1 mata berharga dalam kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Masatada Ishii menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki Thailand dengan menggandingkan Chanathip Songkrasin dan Supachai Chaided sebagai penggempur utama pasukan.

Korea Selatan yang pertama kali beraksi dibawah jurulatih sementara, Hwang Sun-Hong turut menampilkan pemain-pemain terbaik seperti Son Heung-min, Hwang In-Beom dan Kim Min-jae.

Advertisements

Taeguk Warriors meneruskan corak permainan kebiasaan mereka apabila mendominasi penguasaan bola dalam perlawanan ini dan turut mencipta lebih banyak percubaan berbanding Thailand.

Gol pertama Korea Selatan hadir pada minit ke-42 hasil jaringan Son Heung-min yang tenang menyempurnakan bola hantaran Lee Jae-Sung dalam kawasan kotak penalti.

Kedudukan tersebut kekal hingga tamat aksi separuh masa pertama.

Advertisements

Skuad Gajah Perang kemudian menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain gantian, Suphanat Mueanta pada minit ke-61 permainan hasil kealpaan barisan pertahanan Korea Selatan.

Korea Selatan memiliki 78% penguasaan bola berbanding Thailand dan turut merekodkan 25 percubaan namun pasukan itu bergelut untuk menembusi blok pertahanan Thailand.

Tamat perlawanan, Korea Selatan terikat seri 1-1 menentang Thailand di Stadium Piala Dunia Seoul. Korea Selatan kekal ditangga pertama kumpulan C dengan mengumpul 7 mata manakala Thailand berada ditangga ketiga dengan 4 mata.

Advertisements

Keputusan seri itu menyaksikan skuad Thailand bakal menerima habuan bernilai RM130,000 daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Madame Pang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram