Thailand Panggil 3 Pemain Liga Jepun Lawan India & Turkeministan
MakanBola
Changsuek
Sponsors

Tiga tonggak liga Jepun dipanggil pengendali Thailand, Masatada Ishii untuk dua aksi antarabangsa pada Jun ini.

Tiga tonggak tersebut ialah Ekanit Panya (FC Ehime), Supachok Sarachat (Hokkaido Consadole) dan Jaroensak Wonggorn (Cerezo Osaka).

Ad
Sponsors

Selain mereka, Ishii turut memanggil bek tengah Bali United, Elias Dolah. Walau bagaimanapun, nama pemain pertahanan, Nicholas Mickleson tidak tersenarai dalam skuad kali ini.

Ad

Ini kerana kelab Mickleson, Odense BK kini fokus memburu kelayakan ke divisyen utama Denmark, Superliga dengan baki dua perlawanan.

Sebab sama juga yang mendorong kelab Denmark itu tidak melepaskan khidmatnya untuk aksi persahabatan ASEAN All-Stars dan Manchester United pada 28 Mei.

Ad

Selain Mickleson, Gajah Perang juga terpaksa melupakan khidmat Suphanat Mueanta. Ini selepas Suphanat mengalami kecederaan semasa saingan Thai League 1 pada pertengahan April lalu.

Ad

Ishii turut memanggil bek tengah BG Pathum United, Marco Ballini untuk skuad kali ini. Ballini berpeluang membuat penampilan pertama sekiranya diturunkan dalam dua aksi berkenaan.

Ad

Thailand bakal menentang India untuk aksi persahabatan antarabangsa pada 4 Jun. Ini disusuli aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 menentang Turkmenistan pada 10 Jun.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments