Thailand Rekrut Jurulatih Bertaraf Dunia
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Staf kejurulatihan Thailand diketuai Masatada Ishii mendapat sokongan tambahan menerusi perlantikan jurulatih kecergasan bertaraf dunia dari Jepun, Masaya Sakihana.

Perlantikan ini diumumkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi platform media sosial pasukan kebangsaan Thailand, Changsuek semalam.

Sakihana memiliki pengalaman sebagai jurulatih kecergasan untuk beberapa pasukan seperti Jerman, Amerika Syarikat, Vissel Kobe dan Kashima Antlers.

Advertisements

“Selamat datang Masaya Sakihana sebagai jurulatih kecergasan rasmi skuad kebangsaan Thailand dari Jepun.

“Masaya, 49, menggunakan pengalaman di peringkat kelab dan antarabangsa menjadi sebahagian daripada pasukan (kejurulatihan) Masatada Ishii dan telah bekerja dengan pasukan sejak awal tahun ini.

Advertisements

“Ini termasuk perlawanan menentang Jepun, Piala Asia 2023 dan dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan sebelum membuat kemunculan dengan pasukan buat kali pertama,” kata badan induk bola sepak itu dalam satu kenyataan.

Sakihana mengakui amat tertarik dengan peluang bekerja bersama skuad Gajah Perang. Beliau berjanji akan memberi yang terbaik untuk membantu merealisasikan potensi Thailand.

Advertisements

“Saya tertarik dan amat gembira bekerja bersama skuad kebangsaan Thailand. Saya akan cuba membantu pasukan merealisasikan sasaran mereka,” katanya.

Semasa bersama skuad kebangsaan Jerman, sentuhan beliau membantu pasukan itu muncul naib juara Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2008 dan meraih tempat ketiga Piala Dunia 2010.

Advertisements

Sentuhan Sakihana ditagih Ishii bagi mempersiapkan anak buahnya menentang Singapura untuk aksi terakhir Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 pada 11 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram