Thailand Terima Tonik Tambahan Ke Piala Asia B-23
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Persiapan skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar mendapat suntikan tambahan hari ini.

Ini selepas jurulatih skuad senior Thailand, Masatada Ishii hadir meninjau sesi latihan skuad muda Gajah Perang di pusat latihan BG Pathum United beberapa hari lepas.

Perkara ini turut disahkan jurulatih Jepun itu bila dihubungi portal sukan Thailand, SiamSport.

Advertisements

Ishii memaklumkan beliau berada di situ atas kapasiti sebagai penasihat pasukan Thailand B-23. Ini termasuk memberi sokongan teknikal kepada pemain dan staf kejurulatihan pasukan itu.

Beliau melihat dengan cara ini, ini akan membantu pemain-pemain ini beradaptasi bila dipanggil menyertai skuad senior Gajah Perang kelak.

“Secara keseluruhan, saya akan datang dan membantu memberi sokongan (teknikal) kepada pasukan B-23, baik dari segi pemain dan staf kejurulatihan.

Advertisements

“Seperti yang saya katakan, pasukan B-23 ini bakal berkembang dan menyertai skuad senior (Thailand). Jadi, saya fikir ini amat berguna kepada skuad senior (Thailand).

“Bukan Jepun saja yang menggunakan melihat skuad senior dan B-23 memiliki pendekatan yang sama. Tetapi negara-negara lain juga menggunakan kaedah sama kerana skuad B-23 akan diteruskan kepada skuad senior.

“Skuad B-23 sama seperti pasukan-pasukan lain, mereka perlu konsisten jika mahu berkembang ke skuad senior. Ini akan mengambil sedikit masa tetapi skuad B-23 lebih hampir kepada skuad senior.

Advertisements

 “Sudah tentu, ketika ini, kelab-kelab perlu memenuhi keperluan jadual pertandingan mereka pada akhir musim. Sesetengah kelab akan melepaskan pemain untuk membantu pasukan dalam Piala Asia B-23.

“Ia satu kejohanan bertaraf tinggi. Kita menjangkakan para pemain dalam pasukan ini untuk memberi yang terbaik dan memanfaatkan semua kelebihan mereka,” katanya.

Kempen Thailand ke Piala Asia B-23 2024 tempang tanpa kelibat beberapa tonggak utama termasuk bintang OH Leuven, Suphanat Mueanta.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Issara merasa lega kerana dapat memanggil bintang muda Thai-Perancis dari Olympique Lyon, Erawan Garnier dan peledak berbisa Port, Teerasak Poeiphimai.

Skuad muda Gajah Perang berada dalam Kumpulan C bersama Tajikistan dan dua pasukan Asia Barat, Arab Saudi dan Iraq.

Mereka bakal membuka kempen Piala Asia B-23 2024 dengan menentang Iraq pada 16 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram