Thailand Terlepas Dapatkan Pemain Kacukan Sweden
Asia Tenggara
Ta Lao
Advertisements

Thailand kini terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat pemain kacukan Sweden-Thailand iaitu Eric Kahl dalam memperkuatkan kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

Eric Kahl merupakan pemain pertahanan kiri berusia 22 tahun kini bermain untuk pasukan Aarhus GF dalam divisyen pertama Denmark.

Pemain kacukan itu menyatakan bahawa beliau belum bersedia memilih Thailand berbanding Sweden kerana percaya dirinya masih mempunyai peluang untuk beraksi bersama pasukan Sweden.

Advertisements

Kini para penyokong Thailand terpaksa melupakan nama Eric Kahl dalam pasukan kebangsaan Thailand bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 kelak.

Eric Kahl sebelum ini pernah menyarung jersi pasukan bawah 21 tahun Sweden dan melakukan debut pertamanya pada September 2021.

Namun Kahl masih belum melakukan sebarang penampilan untuk skuad senior Sweden ketika ini sekaligus membolehkan beliau menjadi pemain kacukan Thailand untuk beraksi bersama pasukan itu diperingkat senior.

Advertisements

Pertahanan muda ini turut menjadi pemain penting buat pasukan Aarhus GF apabila telah merekodkan 17 penampilan bagi musim ini dan berjaya menyumbang 1 bantuan jaringan.

Walau bagaimanapun pasukan Thailand masih berpeluang untuk mendaftarkan pemain ini selaku pemain kacukan pada masa akan datang selagi mana Eric Kahl tidak melakukan sebarang penampilan antarabangsa bersama pasukan senior Sweden.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram