Advertisements
Thailand Tukar Padang Baru Semata-Mata Untuk Son Heung-min
Asia Tenggara
MakanBola
Changsuek

Kejayaan Korea Selatan membenam Thailand 3-0 di Stadium Rajamangala semalam disumbang oleh permukaan padang baru stadium yang cantik.

Advertisement

Meskipun hujan lebat melanda stadium semalam, permukaan padang stadium tetap dalam keadaan baik. Ini memastikan kerancakan permainan kedua-dua pasukan tidak terjejas sama sekali.

Keputusan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memasang padang baru di Stadium Rajamangala dibuat bagi memberi memori manis buat Korea Selatan khususnya kapten mereka, Son Heung-min.

Advertisement

Heung-min sebelum ini sepatutnya beraksi di Stadium Rajamangala untuk aksi persahabatan antara Tottenham Hotspur dan Leicester City pada musim panas 2023.

Bagaimanapun, cuaca buruk termasuk hujan lebat mengakibatkan padang stadium berair dan tidak boleh digunakan. Ini memaksa penganjur membatalkan perlawanan tersebut.

Advertisement

Bagi memastikan perkara sama tidak berulang, FAT mengarahkan padang baru dipasang demi keselesaan buat semua pasukan termasuk pasukan pelawat.

Advertisement

“Tahun lepas bila Tottenham datang, hujan lebat (melanda stadium) dan perlawanan kemudiannya dibatalkan. Wujud krisis di Thailand kerana bimbang Sonny (Son Heung-min) tidak akan kembali lagi.

“Jadi, kita laburkan banyak duit untuk menaiktaraf sepenuhnya stadium. Setakat yang kita tahu, Son Heung-min beraksi dalam perlawanan di Thailand sebagai yang pertama kali.

Advertisement

“Rumput mestilah bagus untuk Son Heung-min beraksi pada prestasi terbaik. Walaupun hujan lebat sekarang, sistem saliran akan dibersihkan dalam tempoh 10 minit,” kata seorang pegawai Thai yang enggan dikenali yang dipetik wartawan Korea Selatan, Joel Kim.

Heung-min tampil cemerlang dengan menyumbat satu gol daripada tiga gol yang dijaringkan di Stadium Rajamangala semalam.

Keputusan ini meletakkan Korea Selatan terus menerajui Kumpulan C dengan 10 mata, tiga mata di hadapan China yang menduduki tangga kedua.