Thailand Uji Lubnan Selepas Pestabola Merdeka
Asia Tenggara
MakanBola
Changsuek
Advertisements

Lubnan bakal dicabar wakil Asia Tenggara, Thailand selepas menyertai Pestabola Merdeka 2024.

Sebelum ini, pasukan yang diberi jolokan The Cedars itu merupakan antara pasukan yang sah menyertai kejohanan berprestij itu. Selain Lebanon dan tuan rumah Malaysia, Pestabola Merdeka 2024 turut disertai Filipina dan juara bertahan, Tajikistan.

Advertisements

Dan mengikut laporan ASEAN Football, giliran Thailand pula bakal menguji keupayaan anak buah Miodrag Radulovic. Thailand bakal turun menentang The Cedars pada 14 November ini.

Lubnan mahu menjadikan aksi berkenaan sebagai peluang membalas dendam kekalahan di tangan skuad Gajah Perang itu. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bersemuka ialah aksi King’s Cup pada September 2023.

Advertisements

Thailand yang ketika itu dibimbing Mano Polking melakar kemenangan 2-1 ke atas Lubnan. Dua gol skuad Gajah Perang disumbang oleh Teerasil Dangda dan gol sendiri Jihad Ayoub.

Manakala satu gol The Cedars dijaringkan oleh Bassel Jradi. Lubnan kemudiannya menamatkan kempen King’s Cup di tempat ketiga apabila menewaskan India 1-0.

Advertisements

Thailand bukan satu-satunya wakil Asia Tenggara yang bakal dihadapi Lubnan. Mereka bakal menentang Myanmar pada 19 November.

Berdasarkan semakan kalendar perlawanan antarabangsa Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA), Lubnan turut mengatur satu lagi aksi persahabatan dengan Vietnam pada Oktober ini.

Advertisements

Kesemua perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan The Cedars untuk menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung pada tahun 2025.