Skuad senior Thailand bukan satu-satunya pasukan yang bakal berkelana ke Asia Barat untuk Piala WAFF 2023. Ini kerana skuad bawah 23 tahun Thailand turut menerima jemputan beraksi dalam Piala Doha (sebelumnya dikenali sebagai Piala Dubai) yang bermula dari 23 hingga 29 Mac ini.
Piala Doha dilihat medan terbaik bagi anak-anak buah Issara Sritaro untuk menimba pengalaman dan menguji keupayaan mereka dengan pasukan-pasukan bawah 23 tahun yang lain.
Selain Thailand, pasukan bawah 23 tahun Vietnam juga turut menerima jemputan beraksi di kejohanan sama. Tetapi tidak diketahui siapa yang bakal mengendalikan pasukan untuk kejohanan berkenaan selepas Gong Oh-kyun meletak jawatan pada Disember tahun lepas.
Selain tuan rumah Qatar, Thailand dan Vietnam, Korea Selatan, Arab Saudi, Croatia, UAE dan Uzbekistan turut mengesahkan penyertaan.
Ketika ini, jawatankuasa penganjur sedang menunggu pengesahan penyertaan daripada tiga lagi pasukan iaitu Jordan, Syria dan Tajikistan.