Ads
Thomas Cup: China Muncul Juara Kali Ke-11, Atasi Cabaran Indonesia
UltraSukan
BWF

Tuan rumah Thomas Cup 2024, China muncul juara selepas menoktahkan cabaran Indonesia di pentas final hari ini.

Advertisements

Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. China berharap ingin melengkapkan gelaran berganda selepas pasukan badminton wanita negara itu muncul juara Uber Cup 2024.

Advertisements

Manakala Indonesia pula berharap dapat menamatkan kemarau kejuaraan Thomas Cup sejak tahun 2020. Selain itu, mereka juga dapat menebus kehampaan skuad badminton wanita Indonesia yang tewas di pentas final Uber Cup.

Advertisements
Advertisements

China membuka tirai cabaran final dengan menurunkan pemain nombor dua dunia, Shi Yuqi. Sementara Indonesia mempertaruhkan perseorangan lelaki ketujuh dunia, Anthony Sinisuka Ginting.

Kehandalan Yuqi sukar digugat Anthony di atas gelanggang. Dan itu cukup buat juara India Open 2024 itu meraih mata pertama China dengan keputusan 21-17, 21-6.

Advertisements

China berharap dapat melebarkan kedudukan menerusi beregu lelaki nombor satu dunia, Liang Weikeng-Wang Chang. Sementara Indonesia pula menghantar Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto sebagai regu pertama.

Fajar-Rian memberi tentangan sengit kepada Weikeng-Chang dengan harapan dapat mengutip mata pertama buat Indonesia.

Walau bagaimanapun, juara Malaysia Open 2024 itu tetap unggul di hadapan penyokong sendiri sebelum meraih mata kedua China menerusi keputusan 21-18, 17-21, 21-17.

Dengan kedudukan 2-0 memihak kepada China, Indonesia berharap perseorangan kedua, Jonathan Christie dapat mengutip mata pertama pasukan itu.

Sementara China menurunkan Li Shifeng sebagai perseorangan kedua dengan harapan mengutip mata ketiga kejohanan. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Jonathan dengan rekod lima kemenangan daripada enam perlawanan.

Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa bekerja keras sebelum merekodkan mata pertama Indonesia dengan keputusan 21-16, 15-21, 21-17.

Indonesia berharap beregu lelaki kedua mereka, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana dapat menyekat beregu kedua China, He Jiting-Ren Xiangyu untuk mengikat kedudukan 2-2.

Malangnya, hajat wakil Asia Tenggara itu untuk mengikat kedudukan 2-2 tidak kesampaian. Jiting-Xiangyu mempamerkan permainan mantap sebelum menewaskan Shohibul-Bagas dengan keputusan 21-11, 21-

Advertisements

Kejayaan ini memastikan China bergelar juara dengan mengalahkan Indonesia 3-1 di pentas final Thomas Cup 2024. Kejayaan ini menyaksikan China menjulang trofi berprestij itu buat kali ke-11 dalam sejarah kejohanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram