Thomas Tuchel Jadi Jurulatih Baharu England
MakanBola
FC Bayern Munchen
Sponsors

Bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel sah menjadi jurulatih baharu England.

Ini selepas wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan jurulatih Jerman berusia 51 tahun itu sudah memeterai kontrak dengan Persatuan Bola Sepak (FA) sehingga Julai 2026.

Ad

“Thomas Tuchel telah menandatangani kontrak sah sehingga Julai 2026 sehingga selepas Piala Dunia. Beliau pengurus baru England, ia bakal menjadi rasmi pada minggu ini,” katanya di X.

Ad

Berita ini bukan saja menamatkan desas-desus tentang siapa pengganti tetap jurulatih sebelumnya, Gareth Southgate. Malah, ini turut meranapkan impian penyokong Manchester United yang mahu Tuchel menjadi jurulatih pasukan itu yang seterusnya.

Ini kerana sebelum ini, nama bekas pengendali Bayern Munich itu antara yang dicanang sebagai pengganti pengurus Belanda, Erik ten Hag.

Ad

Tuchel menjadi pengurus asing ketiga yang dipilih FA untuk melatih England. Beliau mengikut jejak pengurus legenda Sweden, Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello.

Ad

Mengikut laporan BBC Sport, pengendali interim, Lee Carsley akan terus melatih England sehingga tamat kempen Liga Negara-Negara UEFA (UNL) pada November ini. Bulan tersebut menyaksikan The Three Lions bakal berdepan Ireland dan Greece.

Ad

Setelah itu, jurulatih Jerman itu bakal mengambil alih pasukan secara formal. Ini bagi membantunya mempersiapkan England menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Eropah.

Selain Chelsea dan Bayern Munich, Tuchel juga pernah melatih Borussia Dortmund, FSV Mainz dan Paris Saint-Germain. Antara pencapaian beliau ialah trofi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) bersama Chelsea dan trofi Bundesliga bersama Die Roten.

Tuchel dijangka diperkenalkan secara rasmi sebagai jurulatih baru England di Stadium Wembley pada 16 Oktober.

Sebelum FA memilih Tuchel, beberapa nama dicanang sebagai pengurus baru England. Antaranya ialah bekas pengurus Chelsea, Graham Potter, Eddie Howe (Newcastle United) dan Gary O’Neill (Wolverhampton Wanderers).

Malah, sebelum saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25 bermula, FA turut berkomunikasi secara tidak formal dengan pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Ini kerana FA ingin tahu sama ada beliau berminat mengisi jawatan sebagai jurulatih England. Guardiola ketika ini masih memiliki baki kontrak setahun dengan City dan belum mendedahkan perancangan masa depannya.