Thomas Tuchel Kongsi Sebab Sanggup Tolak Sertai Manchester United
MakanBola
England
Sponsors

Pengurus baru England, Thomas Tuchel akhirnya mendedahkan sebab beliau menolak menyertai Manchester United.

Pengurus United, Erik ten Hag berdepan tekanan susulan prestasi tidak menentu pasukan itu sejak awal musim 2024/25. Tuchel antara nama yang dicanang sebagai pengganti pengurus Belanda itu.

Ad

Malah, bekas pengurus Chelsea itu turut mengadakan perbincangan dengan pemegang saham minoriti The Red Devils, Sir Jim Ratcliffe pada musim panas lalu.

Ad

Walau bagaimanapun, Tuchel memilih mengikut jejak Sven-Goran Erikkson dan Fabio Capello sebagai pengurus asing ketiga yang membimbing The Three Lions.

Beliau berbuat demikian kerana tertarik dengan visi yang dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak (FA), Mark Bullingham dan Pengarah Teknikal FA, John McDermott.

Ad

“Idea dan cara John (McDermott) dan Mark (Bullingham) membentangkannya sangat cepat dan rahsia. Ia sangat mudah, ia berkenaan keputusan untuk tugas ini dan tidak terhadap perkara-perkara lain,” katanya seperti yang dilaporkan The Mirror.

Ad

Tuchel mengakui beliau pada mulanya merasa ragu-ragu untuk menerima tugas sebagai jurulatih England. Ini kerana peranan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan berbeza dengan jurulatih kelab.

Ad

Selepas diyakinkan oleh Bullingham dan McDermott bahawa tugasnya hanya akan berkisar tentang bola sepak, barulah bekas pengurus Bayern Munich itu bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan.

“”Mereka menjelaskan Ia mengenai bola sepak dan itu membuatkan saya teruja. Saya tidak pasti ini adalah tugas (yang) saya (mahukan) kerana jadualnya sangat berbeza. Saya selalu (menyatakan) mahu kembali ke England, itu adalah matlamat besar saya.

“Tawaran itu datang pada masa yang tepat dan kami menemui visi untuk dikongsi. Sekarang saya perlu realisasikannya. Saya tahu ada beberapa trofi (yang boleh dimenangi)dan saya mahu membantu merealisasikannya,” ujarnya.

Tuchel dijangka memulakan tugasnya pada tahun 2025 selepas tamat kempen Liga Negara-Negara UEFA (UNL). Dua aksi terakhir England dengan Ireland dan Greece pada November ini akan terus dikendalikan oleh jurulatih interim, Lee Carsley.

Sementara bagi United pula, mereka dijangka terus menilai siapa calon jurulatih baharu seandainya prestasi pasukan itu terus terumbang-ambing di bawah bimbingan ten Hag.

The Red Devils kini fokus untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) seterusnya menentang Brentford pada 19 Oktober ini.