Tia Danielle Sertai Kelab Sepanyol, Pozuelo de Alarcon
MakanBola
Negeri Sembilan FA / Matrix
Sponsors

Pemain bola sepak wanita Negeri Sembila FA, Tia Danielle Theseira sertai kelab berpengkalan di Sepanyol, Pozuelo de Alarcon.

Menerusi kemas kini Negeri Sembilan FA di Twitter, pemain muda berkenaan bakal mewakili pasukan bawah 19 tahun untuk musim 2023.

Ad
Sponsors

Beliau yang sebelum ini menuntut di sekolah swasta Matrix Global Schools sebelum ini pernah berlatih di Akademi Bola Sepak MV8 di Seville, Sepanyol ketika berumur 11 tahun.

Ad

“Tia bakal beraksi bersama kelab baharunya dalam liga anjuran Persekutuan Bola Sepak DiRaja Madrid. Semoga berjaya bersama pasukan baharu. Hobin Tia Hobin!” Jelas PBNS di Twitter.

CF Pozuelo de Alarcon merupakan kelab komuniti bandar Madrid yang beraksi di liga Tercera Federación, liga devisyen ke-5 di Sepanyol.

Ad