“Tiada Beza Kualiti Pemain Tempatan & Naturalisasi Indonesia”
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Seorang pemain PSBS Biak menyifatkan kehadiran ramai pemain naturalisasi memberi kesukaran buat pemain tempatan beraksi untuk skuad kebangsaan Indonesia.

Muhammad Tahir yang beraksi untuk kelab Liga 2 Indonesia itu berpandangan sedemikian dalam siaran Podcast Akmal Marhali baru-baru ini.

Tahir menyifatkan dari segi kualiti, pemain tempatan dan pemain naturalisasi memiliki kualiti yang hampir sama.

Advertisements

Satu-satunya perkara yang membezakan pemain tempatan dan pemain naturalisasi Indonesia ialah tahap pertandingan yang disertai mereka.

“Sekarang terlalu banyak naturalisasi. Bukan tidak sihat, cuma kasihan kita adakan pertandingan dalam negara gunanya untuk apa.

“Kita cuma kalah apa. Mereka main di luar negeri, kita di dalam negeri. Kalah itu saja. Kalau (dari segi) kualiti, kita 11,12 sama (saja dengan) mereka. Tidak kalah jauh.

Advertisements

“Cuba saja PSSI (Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia) bikin perlawanan ujian antara pemain tempatan dengan naturalisasi. Saya yakin menang kerana demi dada. (Kebanggaan) lambang di dada,” katanya.

Pemain berusia 30 tahun itu pernah mendapat panggilan menyertai Tim Garuda semasa pasukan itu dibimbing jurulatih Scotland, Simon McMenemy untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Malaysia pada 2019.

Bagaimanapun, Tahir terpaksa melupakan hasratnya mewakili Indonesia selepas berdepan masalah pasport.

Advertisements

Ramai pemain naturalisasi termasuk berdarah warisan mewakili skuad kebangsaan Indonesia sejak beberapa tahun lepas seperti Jordi Amat, Jay Idzes, Elkan Baggott dan Ragnar Oratmangoen.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram