Ketika Terengganu FC dilihat sangat terkesan selepas kehilangan beberapa tonggak utama musim lalu seperti Faisal Halim yang ke Selangor, Jordan Mintah kini menjadi buah mulut penyokong Terengganu selepas berjaya meledak gol-gol penting dalam beberapa perlawanan terkini ‘Sang Penyu’ .
Dalam aksi Liga Super semalam, Terengganu berjaya menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 2-0. Lebih manis lagi, dua jaringan Terengganu itu dijaringkan oleh Mintah sekaligus menjadikan Mintah kini sudah meledak 4 gol daripada 5 perlawanan yang telah dilalui.
Pada musim lalu, penyokong Terengganu seringkali disajikan dengan keraian gol ‘Siuu’ yang sentiasa dilakukan oleh bekas pemain mereka, Faisal Halim. Rindu itu sudah pasti telah terubat apabila Mintah melakukan keraian yang sama selepas menjaringkan gol kedua buat Terengganu semalam.
Jordan Mintah bukanlah penyerang yang diharapkan Terengganu pada permulaan musim, namun segalanya berubah selepas apabila Mintah mula diturunkan pada aksi keempat Liga Super menentang PDRM FC. Mereka menang 1-0 dalam perlawanan itu.
Biasa Mintah mula kelihatan pada aksi keenam Liga Super menentang Kelantan United. Dan sejak daripada itu, Mintah meledak dan terus meledak. Gandingan beliau bersama Adisak Kraisorn semakin baik dari hari ke hari. Sudah tentu, kelibat duo serangan ini akan terus menghantui benteng pertahanan pasukan lawan.