Tiada Kelibat Jon Irazabal Ketika Aksi Malaysia vs Cape Verde Di Cheras?
MakanBola
SFK/MNT
Sponsors

Pemain kacukan Harimau Malaya, Jon Irazabal berpotensi besar terlepas aksi persahabatan antara Malaysia vs Cape Verde di Stadium Cheras.

Sebelum ini, jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski telah memberi gambaran bahawa pertahanan Sabah FK itu bakal menjadi watak baharu buat Harimau Malaya pada kem latihan akan datang.

Ad
Sponsors

”Saya harap dia (Jon Irazabal) dapat menyertai kem skuad kebangsaan selepas ini”, kata Peter Cklamovski kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Kem latihan kebangsaan dijangka bakal bermula tidak lama lagi sebagai persiapan menghadapi Cape Verde dalam aksi persahabatan sebelum turun bertemu Vietnam di Kelayakan Piala Asia.

Ad

Walau bagaimanapun, Irazabal dilihat berpotensi besar akan terlepas aksi persahabatan pertama bertemu Cape Verde di Stadium Cheras gara-gara pertembungan tarikh perlawanan yang penting.

Ad

Aksi Malaysia vs Cape Verde akan berlangsung pada 29 Mei namun pada 31 Mei, kelab yang diwakili Jon Irazabal, Sabah FK akan bermain di final Piala Azerbaijan berdepan Qarabag FK.

Ad

Malah, lebih menguatkan lagi kebarangkalian untuk Irazabal terlepas aksi menentang Cape Verde di Cheras ini kerana perlawanan itu berada di luar kalendar FIFA yang hanya akan bermula pada 2 Jun.

Walau bagaimanapun, kelibat Irazabal dijangka akan kembali bersama pasukan pada perlawanan kedua menentang Cape Verde di Bukit Jalil yang akan diadakan pada 3 Jun ini secara tertutup.

Senario ini tertakluk kepada pemilihan pemain yang akan dipanggil barisan kejurulatihan diketuai Peter Cklamovski sama ada nama Jon Irazabal berada di dalam senarai atau pun tidak.

Ujian sebenar buat skuad Harimau Malaya sudah pastinya pada aksi Kelayakan Piala Asia berdepan Vietnam pada 10 Jun nanti dengan khidmat Irazabal tentu ditagih di barisan belakang.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments