“Tiada Tekanan Beraksi Untuk Kedah” – Ifedayo Olusegun
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo Olusegun melihat motivasi tinggi sebagai kunci mengatasi tekanan beraksi bersama pasukan itu.

Perkara itu yang mendorongnya beraksi bersungguh-sungguh di atas padang lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan penyerang-penyerang silam.

Perkara ini pernah dialaminya bersama Selangor FC di mana ketika itu, Ifedayo bergandingan dengan penyerang Sepanyol, Rufino Segovia di bahagian serangan.

Advertisements

“Ini bukan kali pertama saya datang ke kelab dan dibandingkan dengan penyerang-penyerang terdahulu. Di Selangor, Rufino (Segovia) merupakan penjaring terbanyak dan saya datang menyertai pasukan dan dapati kami akan bermain bersama.

“Dan bila beliau pergi, saya masih berada di situ. Jadi, kadang-kadang ia menjadi motivasi untuk anda. Jika anda datang ke kelab seperti Kedah, sebuah pasukan dengan sejarah yang hebat.

Advertisements

“Jadi, bila anda berada di sini, apa saja yang anda lakukan, jika sekadar biasa-biasa, tiada siapa akan meraikannya. Jadi, anda mesti sentiasa cemerlang.

“Untuk sesuaikan diri di atas padang, anda perlu menjadi seperti mesin. Dapatkan peluang dan sudahkan. Dapatkan lebih banyak peluang dan sudah.

Advertisements

“Jadi, saya tidak berada dalam tekanan, saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibuktikan kepada sesiapa,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Sejak menyertai KDA FC dalam tetingkap perpindahan kedua, Ifedayo sudah meledakkan tiga gol daripada dua perlawanan.

Advertisements

Kecemerlangan penyerang Nigeria ini dijangka akan ditagih Nafuzi Zain apabila Sang Kenari berdepan Kuching City FC pada 29 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram