Tidak Kebal, Penyerang Persib Bandung Disahkan Positif Corona
Asia Tenggara
Advertisements

Kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung mengesahkan salah seorang pemainnya dijangkiti Covid-19.Menurut laman rasmi kelab tersebut, pemain tersebut merupakan pemain import dari Brazil iaitu Wander Luiz.

Wander Luiz telah mengeluarkan kenyataan di laman instagram miliknya dan menyatakan bahawa dia disahkan positif Coronavirus (Covid-19) walaupun tidak merasai simpton.

Beliau merupakan pemain yang pertama dijangkiti wabak tersebut di Indonesia dan situasi ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong Persib.

Advertisements

Pengarah Persib, Glen Sugita mengesahkan berita tersebut dan dikatakan sudah menyuruh penyerang itu menjalani kuarantin di rumahnya sambil dipantau oleh doktor pasukan.

Wander Luiz dipercayai dijangkiti wabak tersebut ketika bercuti di Bali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram