EPL
Advertisements

Pada suatu hari, pengurus legenda Liverpool Bill Shankly mendengar cadangan seseorang agar pemain diberi jus oren sebelum tidur – kononnya amat membantu dari segi kesihatan mereka. Bagaimanpun, Shankly menolak idea tersebut. Walaupun ini merupakan era 60-an dengan sains sukan belum lagi menonjol, beliau tahu kepentingan tidur yang baik kepada pemain.

Hari ini, ramai pakar profesional diupah kelab-kelab di seluruh dunia dengan tujuan memastikan pemain berada pada tahap terbaik. Bagi Anne West, tugasnya di Brentford mudah saja: memastikan tidur pemain dan staf Bees sentiasa berkualiti termasuk berapa jam waktu tidur diperlukan mereka.

West diambil bekerja dengan Brentford semasa era Dean Smith sebagai pengurujs. Ini menjadikan beliau lebih lama berbanding rakan senegaranya iaitu pengurus Thomas Frank dan pembantu Brian Riemer.

Advertisements

Satu perkara yang disedari West selepas menyertai dunia bola sepak ialah keperluan latihan mengatasi rehat. Walaupun selepas tamat sesi latihan, pemain masih diberi pelbagai maklumat untuk dilihat semasa berada di rumah. Bagi West, ini tidak sepatutnya berlaku dengan pemain seharusnya diberi peluang mendapat rehat berkualiti dan mencukupi.

Akibat masalah ini, ramai atlet muda termasuk pemain bola sepak berdepan masalah pengurusan tidur yang teruk. Pengurusan tidur yang teruk dilihat bukan saja meletihkan mereka secara fizikal tetapi tidak dapat berfikir dengan baik bila beraksi dalam saingan kompetitif.

Atas sebab itulah, setiap kali pemain baru tiba di Brentford seperti Christian Eriksen, West akan mengkaji corak tidur mereka. Ini termasuk mengetahui bentuk minuman mereka, tidur pada waktu tengah hari dan bentuk tekanan yang dihadapinya. Dari situ, West akan mengajar teknik untuk menenangkan minda mereka.

Advertisements

Teknik ini penting bukan saja pada siang hari. Malah, ia membantu minda menjadi kurang sibuk menjelang waktu tidur. Ini sekaligus menambahbaik kualiti tidur pemain selepas mengharungi hari memenatkan di padang latihan atau stadium pada hari perlawanan. Tambah West lagi, setiap pemain dan staf mempunyai corak tidur berbeza sekaligus memerlukan solusi berbeza.

Antara pemain yang mendapat manfaat daripada analisis tidur beliau ialah Emiliano Marcondes. Kini bermain bersama Bournemouth, West masih ingat pemain perancang itu meminta bantuannya pada 2018 tidak lama selepas berpindah ke Brentford.

emiliano marcondes brentford catherine ivill getty images Kisah Jus Oren & Analisis Tidur Brentford FC
Emiliano Marcondes antara pemain Brentford yang mendapat manfaat pakar tidur kelab, Anne West.

Selepas mengkaji corak tidur pemain berdarah Brazil-Denmark itu, nasihat beliau mudah saja: bangun dari katil selepas setengah jam sekiranya tidak boleh tidur. Bagi mengisi masa, Marcondes memilih melukis tatu dan beliau mendapati merasa penat selepas melakukannya.

Advertisements

Bagi menambahbaik kualiti tidurnya, West turut mengajarkan teknik pernafasan mudah dan memintanya mengelak menggunakan peralatan elektronik sebelum tidur. Hasilnya, kualiti tidur beliau jauh lebih baik. Ia berhasil kerana Marcondes bersikap terbuka kepada idea baru yang dikemukakannya.

West bekerjasama rapat dengan ahli psikologi sukan Michael Caulfield di Brentford. Caulfield yang berkecimpung dalam dunia sukan dalam tempoh 30 tahun sudah arif dengan pelbagai jenis sukan termasuk bola sepak. Malah, beliau juga pernah bekerjasama sebelum ini dengan pengurus England, Gareth Southgate.

Mesej Caulfield mudah: dapatkan tidur berkualiti kerana itu amat membantu dari segi kesihatan. Jika tidak, ramai orang bermasalah. Salah satu isu yang dihadapi ialah isu otak kabur atau minda tidak dapat beroperasi mengikut kapasiti biasa.

Advertisements

Selain isu mental, tidur yang baik sebenarnya membantu proses pemulihan kecederaan terutama kecederaan otot. Caulfield mendedahkan pemain yang tidur kurang lapan jam dalam tempoh 24 bulan bakal berdepan risiko lebih tinggi ditimpa kecederaan. Oleh sebab itu, tidur yang baik tidak sepatutnya dipandang enteng tanpa mengira sama ada seseorang itu orang biasa atau pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram