Tiga Bintang Chelsea Sertai Kelab Asia
Asia
Chelsea FC
Advertisements

Dengan Edouard Mendy sah menyertai Al-Ahli, ada tiga bintang Chelsea yang beraksi di Saudi Pro League. Selain bintang Maghribi itu, N’Golo Kante dan Kalidou Koulibaly masing-masing mengesahkan perpindahan ke Al-Ittihad dan Al-Hilal.

Mendy yang sebelum ini pernah menjadi penjaga gol nombor satu Blues menyertai kelab Saudi Pro League itu bagi mencari permulaan baru. Al-Ahli dijangka perlu membayar €18 juta (RM91.9 juta) untuk khidmat penjaga gol Senegal itu.

Kante dan Koulibaly masing-masing sudah memuktamadkan perpindahan mereka. Kante yang pernah menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Leicester City pada 2015-2016 menyertai Al-Ittihad secara percuma.

Advertisements

Manakala Koulibaly yang pernah menjadi orang besi Napoli menyertai Al-Hilal dengan yuran perpindahan €23 juta (RM117.4 juta). Bek tengah Senegal itu hanya berada di Stamford Bridge selama semusim saja.

Beliau menyertai bekas kapten Wolves, Ruben Neves yang turut berpindah ke kelab sama yang diuruskan bos lamanya, Nuno Espirito Santo dengan yuran perpindahan €47 juta (RM240 juta).

Kontinjen Blues ini dijangka akan disertai oleh pemain sayap Maghribi, Hakim Ziyech. Ziyech kini hanya perlu melengkapkan ujian perubatan dan memuktamadkan terma peribadi sebelum berpindah ke Al-Nassr.

Advertisements

Sekiranya perpindahan tersebut disahkan, Ziyech bakal menjadi rakan sepasukan baru legenda Portugal, Cristiano Ronaldo.

Selain mereka, bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino juga dikhabarkan ke Arab Saudi dengan bakal menyertai Al-Ahli. Firmino sebelum ini mengumumkan akan meninggalkan Anfield sebagai ejen bebas selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh pengurusan Reds.

Penyerang Brazil itu kini berada di peringkat akhir perbincangan dengan kelab tersebut. Sekiranya berjalan lancar, ujian perubatan dan pengenalan Firmino sebagai pemain rasmi Al-Ahli akan dibuat sekitar minggu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram