Tiga Kelab Vietnam Buru Khidmat Mano Polking
MakanBola
Changsuek

Selepas tidak lagi bergelar jurulatih Thailand, khidmat Mano Polking menjadi buruan banyak kelab termasuk dari Vietnam.

Portal TheThao247 melaporkan khidmat jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu kini diintai oleh tiga kelab V. League 1.

Ad

Nama Polking bukanlah asing di negara itu kerana pernah melatih Ho Chi Minh City dari 2020 hingga 2021.

Ad

Ho Chi Minh City dianggap pilihan utama untuk mendapatkan khidmat beliau memandangkan mereka ketika ini tidak memiliki jurulatih.

Selepas memilih melepaskan jurulatih sebelumnya, Vu Tien Thanh, kelab yang diberi jolokan The Red Battleship itu dibimbing oleh jurulatih interim, Phung Thanh Phuong.

Ad

Sejak dibimbing oleh Thanh Phuong, Ho Chi Minh City telah merekodkan dua kemenangan terakhir dalam V. League 1.

Ad

Bila ditanya tentang kedudukannya ketika ini, jurulatih berusia 45 tahun itu menyerahkan keputusan tersebut kepada pengurusan kelab.

“Saya tak boleh cakap tentang hal itu, saya hanya boleh jawab tentang pasukan secara profesional.

“Tempoh ini kita gunakan untuk stabilkan moral pemain. Saya akan bantu mereka memperbaiki kelemahan mereka sedikit demi sedikit agar mendapat keputusan yang bagus dalam V. League,” katanya.

Begitupun, tidak diketahui sama ada Polking bersedia menerima tawaran dari mana-mana kelab buat masa ini.

Ini kerana bekas jurulatih skuad Gajah Perang itu mahu menggunakan tempoh tersebut untuk berehat sebelum kembali menerima cabaran kejurulatihan yang baru.