MFL mengesahkan tiga pasukan daripada Liga M3 telah menyerahkan dokumen lengkap bagi mengisi slot ke saingan Liga Super 2024.
Pasukan KL Rovers, Harini FT dan Imigresen FC antara tiga pasukan yang bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga Super menggantikan slot yang ditinggalkan Kelantan FC.
Tarikh penutup penyerahan dokumen telah tutup pada 2 Januari 2024 yang lalu.
Dalam wawancara bersama di Astro Arena, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam menyatakan proses penelitian sedang dijalankan dan ia memakan masa 3 hingga 4 hari sebelum diserahkan ke First Instance Body (FIB).
“Tiga pasukan ini telah membuat penyerahan dokumen pada hari jumaat yang lepas.
“Dan harini saya telah berbincang dengan dengan kelab mengenai dokumen tang diserahkan dan penjelesan tentang dokumen yang di serahkan menerusi laman web,” kata Stuart Ramalingam.
“Mungkin unit memerlukan masa dalam 3 atau 4 hari untuk memastikan kesemua dokumen mempunya persamaan yang sama.
Menurut Stuart, pihak FIB juga memerlukan masa 7 hingga 14 hari untuk membuat keputusan akhir sama ada tiga pasukan tersebut layak atau tidak mengisi slot pasukan ke-14 dalam saingan Liga Super Malaysia.
“Apabila tiga organisasi membuat penyerahan dokumen, kadang-kadang dokumen tu turut berbeza. Kita perlu membuat fair reflection untuk membuat perbandingan yang lebih baik.
“Daripada sana, pertimbangan akan diberi kepada FIB untuk membuat keputusan terakhir untuk memilih pasukan yang layak untuk mengisi slot pasukan ke-14 Liga Super jikalau mereka layak,” katanya lagi.
Keputusan akhir akan dibuat sebaik saja segala dokumen diteliti dengan rapi. Salah sebuah pasukan akan dipilih, namun terdapat juga kemungkinan ketiga-tiga pasukan tidak layak.