Tiga Penjaga Gol Kebangsaan Bersaing Rebut Jersi Nombor Satu Di JDT
Liga Super
JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Bukan mudah buat tiga nama besar dalam arena bola sepak tempatan untuk menghadapi perkara ini kerana persaingan yang begitu hebat namun ianya akan menjadikan mereka lebih baik dari sebelum ini kerana masing-masing mahu membuktikan kemampuan dan menawan hati jurulatih.

Inilah yang terjadi kepada tiga penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias, Haziq Nazli dan Syihan Hazmi yang bakal merebut tempat sebagai penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.

Jika dilihat pada dasar pemilihan pemain JDT, pemain yang baharu ditandatangani biasanya tidak terus diberikan tempat dalam kesebelasan utama namun Syihan perlu membuktikan statusnya sebagai penjaga gol kebangsaan mampu untuk dia mengenepikan Farizal Marlias.

Advertisements

Dalam masa yang sama, khidmat Farizal mungkin ditagih Esteban Solari untuk perlawanan pembukaan ini kerana pengalaman yang ada padanya serta dia sendiri sudah biasa dengan atmosfera di Stadium Sultan Ibrahim yang pastinya menarik.

Haziq juga sudah pasti tidak mahu perkara yang terjadi kepada Izham Tarmizi berulang kepadanya dan dia juga semestinya mahu membuktikan dia masih salah seorang penjaga gol yang baik dan berpengalaman meskipun masih muda.

Ketiga-tiga penjaga gol ini kini bersaing sesama sendiri dan ini memberikan impak yang cukup baik buat JDT kerana mereka sentiasa akan berikan yang terbaik dalam latihan dan mempunyai kualiti yang tidak banyak berbeza jika salah seorang dari mereka mengalami kecederaan atau digantung perlawanan.

Advertisements

Ianya bukan sahaja memberikan kelebihan buat Harimau Selatan malah turut memberikan kelebihan buat Harimau Malaya kerana mempunyai barisan penjaga gol yang mantap dan berpengalaman.

Siapakah yang bakal menjadi pilihan Esteban Solari di gawang JDT untuk perlawanan Piala Sumbangsih yang juga perlawanan pertama Liga Super, sama-sama kita nantikan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram