Tiga Pertahanan Penang Jadi ‘Punca’ Pasukan Tewaskan Kedah
MakanBola
Penang FC

Perlawanan pusingan pertama Piala FA menyaksikan Penang berjaya menyingkir pasukan Kedah di Stadium Darul Aman menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat seri 2-2 sama.

Yang menariknya, 4 pemain yang mengambil sepakan penalti tiga daripadanya menerusi gandingan tiga bek tengah Penang dan seorang lagi pemain sayap, Hadin Azman. 

Tiga bek tengah tersebut beraksi  ialah Faris Shah (bek tengah kanan), Rafael Victor (bek tengah) dan Zaw M.T (bek tengah kiri).

Keempat-empat pemain ini kesemuanya berjaya menyempurnakan sepakan penalti dengan cemerlang. Pastinya persiapan yang rapi telah dibuat oleh mereka untuk mengelakkan sepakan dibaca oleh pihak lawan.

Gandingan tiga pemain ini menjadi tunjang utama pasukan menewaskan skuad kendalian Nafuzi Zain pada aksi pusingan pertama Piala FA kali ini. 

Ini merupakan kemenangan pertama Penang FC dalam tiga perlawanan selepas seri bersama Negeri Sembilan dan tewas kepada Kelantan. 

Selepas ini, pusingan kedua Piala FA menyaksikan Penang akan bertemu Kuching City pada 15 April ini.