Tiket aksi ACL Kumpulan I membabitkan BG Pathum United dan Kawasaki Frontale laris macam pisang goreng panas.
Ini dibuktikan menerusi satu pengumuman yang dikongsikan wartawan sukan Thailand, Ta Lao petang tadi.
Beliau memuatnaik satu pengumuman bahawa tiket perlawanan The Rabbits–Gremio sudah habis dijual.
Beliau percaya ini ada kaitan dengan impak kapten Thailand, Chanathip Songkrasin dengan jurulatih lamanya di Frontale, Toru Oniki.
Sebelum menyertai BG Pathum pada pertengahan tahun ini, Chanathip jarang diturunkan dalam kesebelasan utama kelab J1 League itu.
Mengikut data Transfermarkt, beliau hanya merekodkan 26 penampilan sepanjang tempoh dua tahunnya di Frontale.
Justeru, ramai penyokong The Rabbits tidak sabar melihat Chanathip memperaga aksi terbaik di hadapan jurulatih lamanya itu.
Setakat artikel ini ditulis, BG Pathum ketika ini ketinggalan 1-0 kepada Kawasaki hasil jaringan Daiya Tono pada minit ke-14.