Ads
Tiket Aksi Indonesia B-19 & Malaysia Dijual RM14, Dijangka Penuh Satu Stadium
Asia Tenggara
FA Malaysia/PSSI

Aksi separuh akhir Kejuaraan ASEAN Bawah 19 Tahun (B-19) 2024 membabitkan tuan rumah, Indonesia dan Malaysia dijangka menjadi tumpuan ramai.

Advertisements

Kedua-dua pasukan serumpun Nusantara itu berjaya layak ke separuh akhir selepas muncul juara kumpulan masing-masing.

Advertisements

Indonesia muncul juara Kumpulan A selepas merekodkan tiga kemenangan berturut-turut. Sementara Malaysia muncul juara Kumpulan C menerusi kelebihan jaringan meskipun berkongsi tujuh mata dengan musuh tradisi, Thailand.

Advertisements
Advertisements

Menariknya, kedua-dua pasukan juga memiliki rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan. Harimau Muda merekodkan 17 jaringan dengan penyerang muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), G. Pavithran muncul penjaring terbanyak dengan empat gol.

Atas sebab itu, pertembungan kedua-dua pasukan Nusantara di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya ini bakal menjadi tumpuan penyokong. Menurut laporan CNN Indonesia, tiket perlawanan itu dijual pada harga serendah Rp 50,000 (RM14.30).

Advertisements

Sementara tiket yang termahal pula dijual antara Rp 150,000 (RM42.85) hingga Rp 300,000 (RM85.75).

Advertisements

Malaysia dan Indonesia bakal berentap pada 27 Julai ini bagi menentukan pasukan mana yang bakal layak ke final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram