Tiket Aksi Indonesia & Ecuardor Habis Terjual
Piala Dunia
Advertisements

Berita baik buat tuan rumah kejohanan Piala Dunia U17, Indonesia setelah tiket menentang Ecuador telah habis terjual untuk aksi pertama pasukan tersebut dalam kumpulan A.

Stadium Gelora Bung Tomo yang bertempat di Benowo, Surabaya bakal menjadi gelanggang pembukaan aksi Piala Dunia U17 dimana stadium tersebut mampu memuatkan seramai 45 ribu penyokong dalam satu masa.

Indonesia ditempatkan dalam kumpulan A bersama-sama pasukan Ecuador, Panama dan Maghribi.

Advertisements

Pasukan Garuda Muda ini dibimbing oleh ketua jurulatih Bima Sakti dan menyenaraikan seramai 21 pemain untuk kejohanan ini.

Beberapa nama menarik turut memperkuatkan pasukan Indonesia seperti Sultan Zaky, Achmad Zidan, Figo Dennis, Arkhan Kaka dan kapten pasukan, Iqbal Gwijangge.

Advertisements

Pasukan Indonesia sebelum ini telah menjalani latihan di Jerman selama 5 minggu sebagai persediaan untuk kejohanan Piala Dunia dan turut mengadakan beberapa perlawanan persahabatan.

Indonesia berjaya memenangi 2 kali, seri 1 kali dan kalah 4 kali sepanjang perlawanan persahabatan itu.

Advertisements

Indonesia bakal menentang Ecuador pada esok hari (10 November), Panama (13 November) dan Maghribi (16 November).

Sebanyak 24 pasukan bakal menyertai kejohanan ini dengan beberapa pasukan kuat seperti England, Brazil, Argentina, Perancis dan Jerman turut memeriahkan kejohanan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram