Dunia
Kuala Lumpur City
Advertisements

Pra-musim KL City dan Perak bakal diteruskan menerusi kejohanan tahunan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 dengan kedua-duanya bersemuka pada Sabtu ini. Dan istimewa buat para penyokong, tiket untuk perlawanan tersebut dijual pada harga RM1!

Advertisements

Nampak tak masuk akal tetapi itulah harga tiket perlawanan pada malam tersebut. Selain itu, penyokong juga bakal mendapat hadiah percuma berupa pek permulaan kad sim XOX dengan kredit RM5 dan data 18GB.

Bagi penyokong yang berminat mendapatkan tiket perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023, mereka perlu hadir pada Sabtu ini.

Advertisements

Selain pek permulaan kad sim XOX, penyokong Perak dan KL City juga bakal dihiburkan dengan persembahan pra-perlawanan oleh penyanyi Dasha Logan dan pertunjukan akrobatik tarian singa.

KL City yang dibimbing Bojan Hodak sudah pasti tidak mahu kecewa lagi selepas kalah dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2022. Sementara anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim pula pasti mahu meneruskan prestasi baik program pra-musim mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram