Advertising
Tiket Aksi Malaysia & Chinese Taipei Dijual Bermula RM5
MakanBola
FA Malaysia

Penyokong kini boleh mendapatkan tiket perlawanan Malaysia dan Chinese Taipei pada harga serendah RM5.

Meskipun perlawanan ini bakal berlangsung pada 11 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil inisiatif untuk mempromosikan perlawanan itu lebih awal.

Ad

Ini kerana perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 untuk skuad negara dalam Kumpulan D.

Ad

Lantas, sokongan penyokong Harimau Malaya ditagih demi memastikan anak buah Kim Pan-gon menutup kempen kelayakan di gelanggang sendiri dengan positif.

Terdapat tiga kategori tiket yang dibuka buat para penyokong. Tiket untuk bahagian terbuka SNBJ dijual pada harga RM40.

Ad

Sementara tiket untuk bahagian grandstand (astaka besar) dan premium pula dijual pada harga RM60 dan RM80. Manakala tiket untuk kategori kanak-kanak hanya perlu dikenakan RM5.

Ad

Penyokong boleh mendapatkan tiket perlawanan secara dalam talian menerusi platform Ticket Hotline bermula pada 1 Jun ini.

Ad