Advertisements
Tim Cahill Bakal Sertai Revolusi Harimau Malaya?
Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers

Lagenda bola sepak Australia, Tim Cahill dikhabarkan bakal terlibat sama dalam merevolusikan skuad Harimau Malaya.

Advertisement

Peminat bola sepak tempatan mula berasa teruja apabila Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan bakal berlaku rombakan melibatkan skuad kebangsaan.

Hal ini berdasarkan pertemuan penting melibatkan DYAM Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Advertisement

Pertemuan tersebut turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Haji Hamidin Mohd Amin bagi membincangkan mengenai langkah pembangunan bola sepak.

Terbaharu, satu ciapan oleh pemerhati bola sepak Johor, Juan Budiman seakan memberi petanda bahawa Tim Cahill bakal terlibat dalam projek merevolusikan skuad Harimau Malaya.

Advertisement

”Selamat datang ke Kelana Jaya #HarimauMalaya,” tulis Juan Budiman di laman X bersama sekeping gambar DYAM Tunku Mahkota Ismail bersama Tim Cahill.

Advertisement

Lagenda bola sepak Australia itu kini berperanan sebagai Pengarah Teknikal Qatar FA dan Ketua Pegawai Sukan Akademi Aspire pernah melakukan lawatan ke Johor untuk melihat sendiri fasiliti bertaraf antarabangsa yang dimiliki oleh juara Liga Super itu.

Bahkan, bekas pemain Everton ini juga pernah hadir ke Kuala Lumpur untuk bertemu DYAM Tunku Mahkota Ismail bersama Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards dan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos lalu.

Advertisement

DYAM Tunku Ismail sebelum ini memberi bayangan awal bahawa bakal berlakunya kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk merevolusikan Harimau Malaya.

“Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya,” komen baginda.

Peranan Cahill bagaimanapun masih belum dipastikan sekiranya benar-benar menyertai Harimau Malaya.