Timor Leste Terima Dana Khas Dari FIFA
Asia Tenggara
thesefootballtimes
Advertisements

Selepas sekian lama terpaksa beraksi di stadium lawan, kini Timor Leste boleh memikirkan untuk beraksi di stadium sendiri dan di hadapan ribuan penyokong mereka sendiri.

Ini kerana Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersetuju untuk menyumbang dana sebanyak 3 juta dolar bagi membantu Timor Leste dalam mempersiapkan stadium mereka iaitu Stadium Dili Municipal yang sebelum ini tidak menepati piawaian dari FIFA.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Asean Football di laman X rasmi mereka. Pembinaan semula akan dijalankan bagi membolehkan Timor Leste menjadi tuan rumah kepada perlawanan ataupun pertandingan di bawah FIFA.

Advertisements

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menyediakan AS$3 juta AS untuk pembinaan semula Stadium Perbandaran Dili mengikut piawaian antarabangsa untuk menganjurkan pertandingan di bawah FIFA.

“Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menyediakan AS$3 juta AS (dolar Amerika) untuk pembinaan semula Stadium Perbandaran Dili mengikut piawaian antarabangsa untuk menganjurkan pertandingan di bawah FIFA,” coret Asean Football di laman X.

Untuk rekod, Timor Leste telah melalui banyak perlawanan sebagai tuan rumah namun terpaksa menggunakan stadium pihak lawan. Terbaharu adalah perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan pada 12 dan 17 Oktober yang lalu.

Advertisements

Dalam kelayakan tersebut, Timor Leste tewas dengan agregat 7-0 sekali gus gagal layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram