Pengadil Nyaris Kena ‘Bedal’, Tindakan Abu Kamara Cetus Suasana Tegang
Dunia
MFL
Advertisements

Penyerang import pasukan Kuching City FC, Abu Kamara mencetuskan kontroversi ketika pasukannya turun menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhamad IV.

Pemain berusia 25 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas kelihatan bergelut untuk memperoleh rentak terbaik bagi menjaringkan gol.

Hal ini ditambah lagi apabila beliau telah pun dilayangkan kad kuning apabila telah mengasari pemain tuan rumah.

Advertisements

Sejurus sahaja anak didik Rezal Zambery Yahya menjaringkan gol pembukaan sebelum babak pertama berakhir, pemain kelahiran Liberia ini dilihat sengaja melengahkan perlawanan untuk memulakan sepakan di tengah padang.

Perkara ini telah dikesan oleh pengadil perlawanan lalu melayangkan kad kuning kedua (kad merah) kepada penyerang berketinggian 1.82 m itu.

Abu Kamara kemudiannya kelihatan sangat tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut terus melulu ke arah pengadil.

Advertisements

Beliau cuba melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut sehingga tercetusnya situasi tegang pada akhir babak pertama itu selepas Kuching City terpaksa bermain dengan 10 orang.

Penyerang kelahiran Liberia ini cuba dileraikan oleh rakan sepasukannya masih bertegas untuk mencetuskan tindakan luar kawalan sehingga menyebabkan rakan sepasukan bengang dengan tindakannya.

Beliau cuba ditenangkan oleh pegawai pasukan dan juga rakan di bangku simpanan yang turut hilang sabar dengan karenah pemain ini.

Advertisements

Kamara meninggalkan padang dalam keadaan tidak berpuas hati sebelum sempat menendang pintu pagar stadium sebelum masuk ke terowong.

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan dengan keputusan 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram