Tindakan Penyokong JDT Di Stadium Perak Curi Tumpuan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Disebalik penundaan perlawanan Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari, tindakan penyokong JDT di Stadium Perak pula mencuri tumpuan.

Dalam satu video yang tular di laman Tiktok, sekumpulan penyokong JDT yang sedang menunggu perlawanan untuk dimulakan telah berselawat beramai-ramai.

Ad

Video yang dimuatnaik oleh Ipoh Vibes tersebut telah meraih respon positif di kalangan penyokong bola sepak Malaysia terutamanya penyokong JDT.

Ad

“Sementara kena sidai tu eloklah berselawat. Benda baik kita kena puji,” kongsi Ipoh Vibes di laman Tiktok.

Video yang tular itu telah mendapat tontonan sebanyak 44 ribu selain turut mendapat lebih 3 ribu tanda suka.

Ad

Sebagai info, aksi di antara Perak dan JDT telah ditangguhkan buat kali kedua selepas cuaca buruk yang membuatkan air bertakung di atas permukaan padang Stadium Perak.

Ad

Aksi tersebut telah ditunda ke tarikh lain yang bakal diumumkan kelak oleh Malaysian Football League (MFL).

Ad