Tite Jelaskan Dia Menari Kerana Mahu Dekatkan Hubungan Dengan Pemain
Dunia
Agency
Advertisements

Jurulatih Brazil, Tite mencuri tumpuan apabila turut sama menari bersama pemainnya ketika perlawanan pusingan kedua menentang Korea Selatan, yang dimenangi mereka dengan keputusan 4-1 pada awal pagi Selasa.

Brazil tampil dengan permainan dominan untuk mendahului Korea Selatan 4-0 di separuh masa pertama, dan selepas Richarlison meledak gol ketiga pada minit ke-29, para pemain meraikannya dengan menari samba dengan Tite turut menyertai mereka.

Namun, akibat daripada tindakan itu, dia berdepan pelbagai serangan kiri dan kanan, termasuk kecaman daripada bekas kapten Manchester United, Roy Keane yang menyifatkan Tite memperlekeh dan tidak menghormati lawannya itu.

Advertisements

“Mungkin ramai beranggapan itu budaya mereka, tetapi jika menari sekali selepas gol pertama boleh diterima, tetapi untuk menari berkali-kali selepas skor gol dan kemudian jurulatih pun ikut sama berbuat demikian, ia tidak masuk akal dan benar-benar tidak menghormati lawan mereka,” ujar Roy Keane yang tampil sebagai pengulas jemputan di ITV Britain.

Lebih dasyat, ada beberapa pandangan di media sosial menyelar pemain-pemain Brazil dan Tite, dan meminta Brazil disingkirkan daripada Piala Dunia kerana tidak menunjukkan fair-play.

Tite bagaimanapun tidak berdiam, dia ada penjelasan untuk mempertahankan tindakannya itu.

Advertisements

“Tidak ada tafsiran atau niat lain kecuali menunjukkan kegembiraan terhadap gol, kegembiraan buat pasukan, kegembiraan bagi persembahan ini. Ia sama sekali tidak bermaksud tidak hormat kepada pasukan lawan mahupun terhadap (jurulatih Korea Selatan) Paulo Bento yang saya amat hormati.”

“Saya tidak rasa ia satu kesalahan, ia adalah kecaman berniat jahat. Saya hanya cuba menyesuaikan diri dengan bahasa pemain, mendekatkan diri dengan mereka. Mereka amat muda dan sebahagian daripada bahasa pemain muda ini adalah menari,” kata Tite.

Dalam aksi suku akhir yang akan berlangsung pada Jumaat ini, Brazil akan menentang finalis 2018, Croatia yang mara dengan menyingkirkan satu lagi pasukan Asia, Jepun menerusi tendangan penalti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram