Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi jawapan mengenai keputusan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasi yang memilih untuk kekal bersama pasukan.
Desas-desus mengenai masa depan pemain kelahiran Terengganu itu mula menjadi bualan ramai selepas ada ura-ura yang mengaitkan beliau untuk membawa haluan baharu.
Sungguhpun ada khabar bahawa Sri Pahang berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Ratchaburi FC ini, beliau akhirnya tampil memberitahu bahawa keinginannya adalah untuk kekal bersama skuad Harimau Selatan.
Perkara ini meraih perhatian baginda Tunku yang tampil memberi jawapan mengenai pelbagai desas-desus yang melibatkan para pemainnya.
“Sapa-sapa yang keluarkan cerita perlu menyebut tentang JDT. Siapa yang percaya lebih jahil dari yang keluarkan cerita. Apa yang ada di JDT? Apa yang di pasukan lain?”
“Letakkan anda di tempat pemain JDT. Kenapa perlu mereka keluar? Minit bermain? Di JDT, permainan berkualiti, bukan perlawanan semata-mata.”
Baginda memberi contoh situasi Safawi yang mahu kekal bersama pasukan sungguhpun baru sahaja pulang dari tempoh pinjaman.
“Safawi pergi pinjaman akhirnya balik ke JDT sendiri dan nak kekal di JDT. Kenapa? Duit, kemudahan dan pencapaian,” jelas TMJ.

TMJ juga menganggap khabar angin yang berlegar adalah tidak logik dan pemain perlu ada perancangan tertentu disebabkan Ajst Adalah destinasi terbaik untuk mana-mana pemain bola sepak.