TMJ Berminat Beli Saham Kelab Jepun
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim kelihatan berminat untuk memperluas portfolio bola sepak baginda selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Terbaru, baginda berkesempatan mengadakan pertemuan dengan dua wakil J-League semasa berada di Tokyo, Jepun hari ini.

Advertisements

Pertemuan tersebut diadakan bagi melihat kemungkinan pelaburan dan pembelian saham kelab bola sepak Negara Matahari Terbit itu.

Selain itu, Tunku Ismail juga mahu mengembangkan lagi jenama JDT ke Asia Timur dan mengundang pelaburan firma-firma besar Jepun ke negeri Johor.

J-League diwakili Pegawai Eksekutif Korporat (Perniagaan Global), Tetsuya Aida dan Pengurus Besar, Takeyuki Oya.

Advertisements

Turut sama mengiringi pertemuan baginda hari ini ialah Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dan Ketua Unit Komersil JDT, Kevin Ramalingam.

Kehadiran Tunku Ismail di Jepun ialah bagi memberi sokongan kepada Harimau Selatan. Pasukan itu bakal turun menentang Kawasaki Frontale untuk aksi terbaru Kumpulan I ACL esok.

News Comments Account