Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), memberi pandangan tersendiri mengenai isu tawaran padang yang diberikan kepada setiap kelab di Malaysia.
Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memaklumkan bahawa akan ada usaha untuk membantu setiap kelab untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium.
Namun begitu, TMJ memiliki pandangan tersendiri berkenaan isu yang dibahaskan ini.
Kata Baginda, sekiranya kelab-kelab masih tidak mampu untuk membelanjakan sekitar RM200 ribu untuk memastikan keadaan padang sentiasa dalam keadaan baik, bagaimana pula sekiranya kelab mendapat pemilikian penuh stadium.
“200 ribu setahun maintain padang pun tak boleh terima dan cakap tak mampu, macam mana nak ada stadium sendiri. Cakap sesuatu kena berdasarkan fakta. Semua cakap dan memberi gambaran yang tidak betul kepada penyokong.”
Baginda juga menegaskan keperluan untuk mengadakan forum secara terbuka dengan penyokong agar wujudnya ketelusan daripada setiap kelab tentang perancangan pasukan.
“Penyokong sekarang boleh nilai sendiri apa nak takut? Apa yang nak disembunyikan? Nilai sendiri. Cakap memang senang bila ajak berdepan takut,” ujar TMJ.
TMJ juga memberi perbandingan jelas dengan situasi di JDT dan juga perancangan teutamanya melibatkan stadium yang lebih canggih.
“Kos penyelenggaraan stadium JDT RM7 Juta setahun itu pun kami terkial-kial nak bayar. Kalau stadium lebih kecil sekitar 4-5 Juta setahun. Jika kos penyelenggaraan padang yang RM200 ribu setahun pun tak mampu apatah lagi 5 Juta.”
“Jika stadium baru yang canggih seperti yang disebut-sebut sebelum ini dibina, kos penyelenggaraan akan mencecah 30 atau 60 juta setahun. Kelab boleh bayar? Forum terbuka amat diperlukan untuk mengelak kaki kencing dan kaki temberang.”
Baginda jelas mencadangkan perkara ini agar setiap penyokong memiliki peluang untuk bertanyakan apa sahaja kepada kelab seperti yang telah dilakukannya saban tahun bersama JDT.