TMJ Gesa Penyokong Banjiri SSI, Lihat JDT Cipta Sejarah
Dunia
HRHJohorII
Advertisements

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menggesa seluruh peminat bola sepak tempatan untuk turun membanjiri Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu ini.

Pasukan JDT bakal melayan kunjungan kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai bagi aksi terakhir saingan Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Sabtu, 30 April 2022.

Perlawanan yang akan berlangsung tepat jam 5 petang ini dianggap sebagai perlawanan yang penting bagi penentuan juara Kumpulan I. JDT dan Ulsan Hyundai kini berkongsi 10 mata setelah kedua-dua pasukan mengharungi lima perlawanan di peringkat kumpulan sementara diekori rapat oleh pasukan dari Jepun, Kawasaki Frontale dengan 8 mata.

Advertisements

Baginda dalam hantaran terbaru di laman Instagram @officialjohor telah tampil meninggalkan satu pesanan di ruangan komen. Tunku Ismail berharap para penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim dapat bersama memenuhi ruang stadium dan memberikan sokongan buat pasukan.

TMJ dalam pada itu turut melaungkan keazaman mahu melihat pasukan JDT mencipta sejarah baru. Seluruh keluarga JDT perlu bermati-matian dan berjuang habis-habisan tekad untuk meraih tiga mata penuh, menawan Ulsan Hyundai pada Sabtu kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram