TMJ: Ini Akibat Ada Pemilik Kelab Semata-Mata Agenda Peribadi Dalam Bola Sepak
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berdukacita dengan sikap sesetengah pemilik kelab yang tidak meletakkan kepentingan kelab sebagai keutamaan dan hanya mementingkan agenda peribadi mereka semata-mata.

Menerusi satu perkongsian di laman rasmi Johor Southern Tigers, baginda menzahirkan rasa gembiranya terhadap usaha yang dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk membantu pasukan memiliki padang yang baik.

Ad

“Saya ingin memuji inisiatif yang dilakukan oleh Menteri Belia Dan Sukan YB Hannah Yeoh dan pihak kementerian (KBS) bagi memastikan stadium-stadium di Malaysia mempunyai padang bola sepak yang baik.”

Ad

Walau bagaimanapun, TMJ berasa dukacita kerana terdapat beberapa kelab yang tidak bersetuju untuk memiliki padang yang bertaraf baik ini sungguhpun kos penanaman akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Apabila saya melakukan penyelidikan dan mendapat info bahawa masih ada beberapa pasukan yang tidak berminat dan tidak mahu mengeluarkan wang untuk penjagaan padang meskipun ianya adalah perkara yang penting.”

Ad

“Keadaan padang yang teruk ini juga adalah sebab mengapa negara jiran kita seperti Thailand, Vietnam dan lain-lain dapat menganjurkan kejohanan-kejohanan antarabangsa dan kita tidak.”

Ad

Baginda juga berasa hairan tatkala kelab memiliki bajet tahunan yang cukup besar namun masih tidak mahu memperuntukkannya untuk menaik taraf keadaan padang dan menyediakan kemudahan terbaik buat para pemain.

Ad

“Kos penyelenggaraan adalah sekitar RM240,000. Takkan sudah dapat padang percuma tetapi tidak boleh menampung kos penyelenggaraan walaupun menerima bajet tahunan bernilai jutaan Ringgit?”

“Ini adalah akibatnya apabila ada pemilik kelab atau presiden bola sepak yang tidak mempunyai minat atau kecintaan terhadap bola sepak tetapi berada dalam industri bola sepak semata-mata untuk agenda peribadi,” jelas Baginda.

Cadangan TMJ kepada KBS juga adalah disebabkan padang merupakan antara perkara utama dalam sukan ini dan baginda gembira apabila Hannah Yeoh bersetuju dengan perlara tersebut.