TMJ Lawat Farizal Marlias, Keadaannya Kini Stabil
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Sponsors

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismal Idris hari ini telah melawat penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Farizal telah dikejarkan ke hospital selepas insiden perlanggaran antara beliau dan Shane Lowry pada aksi Liga Super ketika JDT menentang Terengganu. Pada minit ke-60 permainan, Lowry secara tidak sengaja telah bertembung dengan Farizal.

Ad
Sponsors

Bagaimanapun tindakan terpuji pasukan perubatan yang pantas meluru masuk ke padang telah meredakan situasi tegang tersebut. Farizal dapat sedarkan diri dan beliau terus diusung keluar padang untuk dikejarkan ke hospital.

Menurut satu hantaran terbaru dalam laman rasmi media sosial JDT, Farizal dimaklumkan kini berada dalam keadaan stabil namun tetap perlu kekal dalam pemerhatian doktor. Selepas ini, Farizal juga akan menjalani beberapa siri ujian perubatan.

Ad

Dalam pada itu, keprihatinan yang dizahirkan Tunku Ismail dalam mengambil berat tentang keadaan dan situasi para pemain juga perlu dijadikan tauladan. Semua sedia maklum bahawa TMJ amat menitik beratkan soal kebajikan serta keharmonian antara pemain.

Ad

Semoga Farizal Marlias diberikan kesembuhan segera dan dipermudah dalam setiap urusan. Lekas sembuh, Farizal.