TMJ: Lim Teong Kim, Jangan Nak Temberang
MakanBola
hrhcrownprinceofjohor
Sponsors

Perang mulut antara Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan bekas pengarah NFDP, Lim Teong Kim berterusan di media sosial Instagram selepas masing-masing berbalas komen.

Dalam temuramah bersama Astro Arena petang tadi, TMJ ada membongkarkan gaji yang diminta oleh Lim Teong Kim untuk jawatan pembangunan JDT. Gaji tinggi yang diminta Teong Kim ternyata mengejutkan pelbagai pihak.

Ad

Walaupun Teong Kim menegaskan kenyataan yang diberikan oleh TMJ itu adalah tidak benar, namun TMJ membalas komen Teong Kim dengan mengatakan ketika kejadian, ada dua saksi yang melihat permntaan gaji tersebut.

Ad

“Ada dua saksi dengan permintaan gaji tersebut. Masa saya cakap kenapa mahal sangat? Dia cakap saya mampu beli Lamborghini, takkan gaji tu mahal sangat. Jadi, jangan temberang.” tulis TMJ di ruangan komen Instagram.

WhatsApp Image 2022 01 27 at 22.53.49 TMJ: Lim Teong Kim, Jangan Nak Temberang
Komen yang ditinggalkan oleh TMJ di ruangan komen Instagram.

Lim Teong Kim yang kini berada di Jerman, sebelum ini lantang memberi kritikan kepada FAM yang dilihat tidak begitu baik dalam aspek pembangunan bola sepak negara.

Ad

Ad